Kami bantu semak harga pasaran, saring kelayakan loan pembeli, dan uruskan proses jual beli dari A sampai Z.
Dah sign booking, dah tunggu berbulan, tiba-tiba loan bank buyer tak lulus. Buang masa anda menunggu.
Ramai datang tengok rumah sekadar suka-suka, tiada deposit, dan tak serius nak beli. Penat melayan viewing.
Letak harga terlalu tinggi sampai tak laku, atau terlalu rendah sampai anda rugi besar. Tak tahu 'Market Value' sebenar.
Iklan di Mudahdotmy tenggelam, tak pandai guna FB Ads, gambar tak menarik. Prospek tak nampak iklan anda.
Pening nak cari lawyer, tak faham proses pindah milik, SPA, dan urusan pejabat tanah yang leceh.
Setiap bulan kena bayar bank tapi rumah tak terjual. Cashflow negatif yang membebankan kewangan.
Kami semak kelayakan DSR & CCRIS pembeli sebelum viewing. Hanya bawa pembeli yang layak loan sahaja.
Gambar profesional, video tour, dan iklan premium di iProperty & PropertyGuru untuk tarik pembeli serius.
Kami bertindak sebagai orang tengah profesional untuk mendapatkan harga jualan yang anda mahukan.
Tak perlu pening. Kami ada panel peguam dan pegawai bank yang efisien untuk melancarkan proses.
Kami kaji transaksi terkini (Brickz.my) untuk pastikan anda tidak jual terlalu murah.
Proses yang teratur dari mula hingga selesai pindah milik.
Hubungi kami untuk semakan harga pasaran dan lantikan ejen rasmi.
Kami iklankan rumah anda, tapis pembeli, dan uruskan sesi viewing.
Pembeli bayar booking 3.18%. Kami bantu uruskan permohonan pinjaman bank mereka.
Sign Perjanjian Jual Beli (SPA) dan proses pindah milik diteruskan sehingga selesai.
Di Pakar Jual Rumah, kami faham menjual rumah adalah keputusan kewangan yang besar.
Anda memerlukan pasukan yang mahir dalam analisis pasaran, strategi pemasaran digital, dan rundingan harga untuk memastikan anda mendapat keuntungan maksimum.
Kami adalah sebahagian daripada rangkaian gergasi IQI Realty, firma hartanah global. Kami menggabungkan kekuatan rangkaian antarabangsa dengan kepakaran lokal.
Kami pakar dalam pasaran subsale kediaman & komersial di koridor selatan Selangor & Putrajaya.
Nilai Transaksi Terjual
Loan Buyer Lulus
Database Pembeli Aktif
Pengalaman Pasaran
"Rumah saya di Cyberjaya terjual dalam masa 3 minggu sahaja. Ejen sangat cekap tapis buyer, loan lulus cepat. Sangat recommended!"
"Saya cuba jual sendiri setahun tak laku. Lepas lantik team ni, mereka advise harga pasaran dan buat marketing, terus dapat buyer serius."
"Urusan lawyer dan bank semua diuruskan. Saya cuma perlu datang sign SPA sahaja. Sangat memudahkan kerja saya yang sibuk."
Standard pasaran Malaysia adalah 3.24% termasuk SST daripada harga jualan. Yuran ini selalunya dibayar selepas proses jual beli selesai atau dari deposit.
Biasanya 3-6 bulan untuk rumah pegangan bebas (Freehold). Bagi rumah Leasehold dengan sekatan, mungkin ambil masa 6-9 bulan untuk kelulusan konsen.
Boleh, tiada masalah. Sebahagian duit jualan akan digunakan untuk menyelesaikan baki hutang bank (redemption).
RPGT adalah cukai atas keuntungan jual rumah. Individu warganegara dikecualikan cukai jika jual selepas tahun ke-5 pemilikan.
Gunakan kuasa Artificial Intelligence (AI) untuk dapatkan anggaran harga jualan & terus berhubung dengan kami.
Masukkan detail rumah & maklumat anda untuk analisa harga.